Khamis, 8 Disember 2011

RESEPI KUIH LAPIS KELADI.


BAHAN A.

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan
1 sudu kecil garam


BAHAN B.

1/4 cawan air
1 sudu besar pes keladi
pewarna purple.


BAHAN C.

1/2 cawan keladi parut
1/2 cawan air.

CARA-CARA.

1.Gaul semua bahan A dan tapis.
2.Bahagikan adunan pada 2 bahagian
3.Masukkan bahan B dalam 1 bahagian.
4.Masukkan bahan C dalam 1 bahagian.
5. Panaskan kukusan.
6.Masukkan 1 cawan adunan B kukus 15 minit.
7.Lapiskan adunan C kukus 15 minit.
8.Lapiskan adunan B/C selang seli hingga habis.


2 sudu besar tepung jagung

Khamis, 1 Disember 2011

RESEPI PUDING KARAMEL


Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais


RESEPI APAM POLKADOT

BAHAN-BAHAN.

3 Biji telur dari peti sejuk (gred A )
275 gram tepung gandum
220 gram gula halus
150 ml susu segar/susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovellete
filling blueberry,strawberry
pewarna.


CARA-CARA.

1.Pukul telur dan gula hingga kembang.
2.Masukkan ovellete dan semua bahan ke dalam mangkuk mixer,
pukul kelajuan maksima sehingga kembang.
3.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian titiskan pewarna
mengikut  pilihan.
4.Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag.
5.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas setengah sahaja.
6.Letakkan filing secukupnya.
7.Picitkan lagi aduanan sama @ warna berbeza hingga penuh.
8.Last sekali dotkan dengan warna pilihan.
9.Kukus 10-15 minit.

Khamis, 17 November 2011

RESEPI APAM YOGURT

BAHAN-BAHAN.

2 Cawan tepung gandum.
11/2 Cawan gula
1 Biji telur
1 Cawan yogurt
1 Sudu kecil ovellete
1/2 Sudu kecildouble action baking powder.

CARA-CARA.

1.Kukus air dulu hingga mendidih.
2.Pukul semua bahan dalam mixer sampai adunan nampak pucat mcm bahulu.
3.Asingkan adunan dlm 3 sudu besar.
4Masukkan plain dalam piping beg di gunting ujungnya,masukkan plain tu dalam paper cup,lepastu paipkan pulak adunan kaler2 di tengah2.
5.Kukus adunan 15-20 minit.

RESEPI KEK COKLAT MOIST

BAHAN-BAHAN :
2 Cawan tepung gandum
2 Sudu kecil baking powder
1/2 Sudu soda bikarbonat
3/4 Minyak masak
1 Cawan gula
1/2 Cawan susu pekat
1Cawan serbuk koko
3 Biji telur & esen vanila

CARA-CARA :
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang .
2 . Masukkan susu pekat ,minyak gaul sebati .
3 . Masukkan tepung gandum , soda bikarbonat , baking powder dan serbuk koko , gaul sebati .
4 . Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang yang disapu dengan butter .
5 . Kukus adunan 1 jam , sehingga masak !

*tambahan : TOPPING COKLAT

BAHAN-BAHAN :

Coklat masakan
Butter'
Coklat rice

CARA-CARA :

1.Masak coklat masakan dan butter cara Double Boiling sehingga cair .
2.Sejukan kek dahulu . Selepas itu , tuangkan coklat masakan tersebut di atas kek untuk di jadikan topping dan taburkan coklat rice ,
3 . Sedia untuk di makan .